Jadi Yang Berhormat (YB) memang banyak kerja sebenarnya. Kalau buat kerja la. Mana tidaknya, segala permasalahan rakyat perlu diambil tahu dan diselesaikan. Masalah jalan kampung selalu rosak sebab lori balak lebih muatan lalu, masalah air paip selalu takde, masalah longkang pecah atau tersumbat, masjid nampak usang sebab dah lama tak dicat baru, banjir kilat, ramai budak muda minum air daun ketum, orang kampung tak cukup duit anak nak masuk universiti atau poli, hatta orang nak buat kenduri kahwin khemah takde pun YB kena ambil tahu. Pendek kata semuanya YB kena ambil tahu dan selesaikan. Orang kampung marah kalau YB tak buat kerja. Tapi orang kampung tahu ke apa kerja hakiki YB untuk agenda pembangunan yang lebih besar?
Apa yang orang kampung tak tahu sebenarnya, YB sepatutnya memberikan komitmen yang tinggi untuk berfungsi dan berperanan dengan lebih berkesan bagi melaksanakan agenda pembangunan yang lebih besar. Sebagai contoh bagaimana untuk meningkatkan ekonomi komuniti setempat, mengurangkan pengangguran, mengatasi masalah penghijrahan ramai belia ke bandar-bandar besar, meningkatkan taraf pendidikan, meningkatkan akses penduduk kepada perkhidmatan jalur lebar dan internet, memajukan pemikiran rakyat dalam bidang IT, meningkatkan taraf keselamatan penduduk, meningkatkan keupayaan fasiliti sukan dan kemajuan aktiviti sukan, memperbanyakkan aktiviti-aktiviti kebudayaan dan produk kesenian, meningkatkan penglibatan penduduk dalam aktiviti pelancongan adalah antara contoh-contoh yang boleh di beri perhatian.
Bagi melaksanakan agenda pembangunan yang lebih besar ini, YB memerlukan stastistik dan data yang tepat. Contohnya berapa ramai penduduk di kawasan berkenaan yang berada di bawah paras kemiskinan, berapa ramai OKU, berapa ramai pegawai kerajaan, berapa ramai belia, berapa ramai penganggur, berapa ramai peneroka dan penoreh getah, berapa ramai budak sekolah, berapa banyak sekolah, berapa banyak masjid dan surau, berapa banyak balairaya, berapa banyak padang bola. Daripada data dan bentuk demografi inilah boleh diwujudkan satu pengkalan data yang boleh dirujuk untuk melaksanakan setiap agenda pembangunan dengan lebih terancang, terurus dan teratur.
Ada ke YB buat homework seperti ini?...i don't think so...if yes, you have my vote in PRU 13.
Selamat Maju Jaya YB!!!!!
Saturday, September 4, 2010
Tuesday, August 31, 2010
Kisah Tok Godeng Siri 1 : Bekas Buruh Paksa Jepun Membina Landasan Keretapi Maut Di Sempadan Siam-Burma
![]() |
| Buku baru di pasaran oleh penulis Salleh De Ran. SINOPSIS Jun 1942, Mat Awang bersama empat rakan sekampungnya menjadi buruh paksa Jepun dan dihantar ke Kem Konyu, Siam untuk membina landasan keretapi maut. Mat Awang dan rakannya berusaha melarikan diri tetapi mendapat halangan.Setelah menakluki Malaya, tentera Imperial Jepun mula mengumpulkan pekerja bagi membina jalan keretapi dari Nong Pladuk Siam ke Thanbyuzayat Burma. Mat Awang terpaksa meninggalkan isterinya yang sedang mengandung ke Kem Konyu. Pengalaman pahit, penderitaan dan seksaan yang dilalui Mat Awang, Dollah, Lajis, Wan Ngah, Che Din dan tahanan lain menyebabkan mereka mencari jalan untuk melarikan diri. Komanden Kem Yoshikichi Kasayama mengarahkan pemotongan Bukit Konyu dibuat untuk laluan keretapi. Komander Landasan Keretapi Leftenan Hiroshi Abe terpaksa akur dengan arahan Komanden Yoshikichi Kasayama walaupun mustahil pemotongan Bukit Konyu dapat dilakukan kerana batu pejal dan hanya menggunakan peralatan yang minima. Kerahan kerja siang dan malam dalam tempoh 12 minggu menyebabkan Mat Awang dan rakan-rakannya menderita. s Leftenan Hiroshi Abe simpati dengan tahanan tetapi Leftenan Siichi Okada terlalu kejam dan bengis malah mempunyai agenda untuk menghianati Leftenan Hiroshi Abe ketika kerja meletupkan Bukit Konyu dijalankan. Mat Awang bersama rakannya menggadaikan nyawa demi menyelamatkan Hiroshi Abe dan berjaya mematahkan niat jahat Leftenan Siichi Okada itu. Buku Landasan Maut Wan Abdullah Bin Wan Hassan, Al-fatihah...buat ayahanda tercinta. Wan Abdullah Bin Wan Hassan aka Tok Godeng dilahirkan pada tahun 1913 di Kg. Merting, Tembeling Tengah, Jerantut, Pahang Darul Makmur. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 18 Mac 1988 ketika berusia 75 tahun kerana sakit tua. Semasa hayatnya beliau adalah seorang bekas imam, amil zakat fitrah dan guru Al-Quran di kampung halamannya. Mempunyai perwatakan yang warak dan lebih suka mendengar perbualan orang atau lebih banyak berdiam diri. Di waktu terluangnya beliau suka membaca Al-Quran dan kitab-kitab agama. Hobinya pula ialah mengail ikan menggunakan kail kelusur di Sg. Tembeling. Tapi apa yang lebih penting sepanjang ingatan penulis beliau tidak pernah terlibat dengan sebarang parti politik. Menjadi Buruh Landasan Keretapi Maut Menurut ceritanya kerana desakan hidup di kampung yang amat daif semasa zaman penaklukkan Jepun di Tanah Melayu di antara 1941-1945 beliau mengambil keputusan menjadi buruh paksa Jepun untuk membina landasan keretapi ke sempadan Siam-Burma. Mungkin disebabkan upah yang agak baik ditawarkan oleh pihak Jepun pada waktu itu dan tiada pilihan lain beliau dengan rasa berat hati meninggalkan kampung halaman bersama beberapa orang sahabatnya menerima tawaran tentera Jepun. Sebenarnya mereka juga tidak pasti apakah risiko yang bakal mereka hadapi dan tempuhi selepas itu. Dengan penuh keazaman dan keyakinan untuk merubah kehidupan dan meningkatkan martabat diri pengembaraan mereka pun bermula. Apa yang terjadi selepas itu hanya Allah saja yang tahu. Gambaran sebenar detik-detik ngeri mereka semasa di bawah kawalan tentera Jepun itu boleh dibaca dari buku Landasan Maut karangan saudara Salleh De Ran. Penulis tidak dapat menceritakan dengan lebih terperinci di blog ini pengalaman mereka itu kerana tiada maklumat yang jelas. Menetap di Kelantan Dan Bersekolah Pondok Menurut ceritanya lagi selepas beliau berjaya melepaskan diri bersama sahabat-sahabatnya dari kawalan tentera Jepun, dari negeri Siam mereka meredah sungai, hutan belantara, bukit-bukau, perkampungan orang Siam dan akhirnya sampai ke negeri Kelantan. Di Kelantan Tok Godeng menetap di Kampung Bedal dalam Jajahan Machang. Maka di situlah bermulanya satu lagi episod baru dalam kehidupan beliau apabila mula mempelajari ilmu-ilmu agama di sekolah agama pondok. Menurut ceritanya lagi selepas itu beliau telah berkahwin dengan seorang janda yang penulis sendiri tidak tahu namanya. Sehinggalah janda itu meninggal dunia mereka tidak dikurniakan seorang anak pun. Berapa lama tempoh mereka bersama pun tidaklah diketahui. Selepas itu beliau berkahwin pula dengan seorang janda beranak tiga iaitu Aminah. Aminah mempunyai tiga orang anak iaitu Arsat (ayah kepada Razali Batik), Mek Gayah dan Hamzah. Hasil perkongsian hidup beliau dengan Aminah mereka dikurniakan seorang cahayamata lelaki yang diberi nama Wan Mohamad pada tahun 1952. Pulang Semula Ke Kg. Merting Selepas hampir 20 tahun menetap dan berguru di Kelantan, kaum keluarga beliau di Kg. Merting yang tidak pernah menerima sebarang berita tentang beliau menganggapnya telah lama mati dibunuh tentera Jepun yang menyerah kalah kepada Bristish pada tahun 1945. Akhirnya sampai juga cerita yang mengatakan beliau masih lagi hidup dan menetap di Kelantan. Usaha saudara-mara beliau yang diketuai oleh anak saudaranya Cikgu Wan Adnan Wan Ali aka Wan Repoi "Raffles in english" untuk menjejaki beliau di Kelantan akhirnya berjaya pada tahun 1960an. Pada awal tahun 60an Tok Godeng telah mengambil keputusan untuk kembali semula ke kampung halamannya bersama isteri dan anak-anak. Maka berita kepulangannya telah heboh ke seluruh kampung dan alur Tembeling. Ramailah saudara-mara dan sahabat handai datang menziarahi beliau. Berbekalkan ilmu agama yang telah dipelajari ketika memondok di Kelantan maka ramailah orang kampung datang menghantar anak-anak mereka untuk belajar mengaji Al-Quran dan belajar sifat 20 dengan beliau. Anaknya Wan Mohamad yang ketika itu baru berusia belasan tahun ditugaskan untuk menjadi Guru Kake (assistant tok guru...sebelum baca depan tok guru kena baca dengan dia ni dulu). Asal-usul nama Tok Godeng Walaupun beliau kelihatan warak dan pendiam tetapi bebudak yang datang mengaji dengan beliau amat arif tentang perilakunya itu. Beliau amat digeruni oleh anak-anak muridnya kerana kebengisannya tahap gaban sewaktu mengajar mengaji. Ada yang datang mengaji kadang-kadang terkencing dalam seluar, terjun lari dari rumah tak bertangga, dihambat lari keliling kampung dan ada juga yang hampir-hampir dicungkil biji mata dengan rotan junih kalau malas mengaji ataupun bebal sangat. Rotan junih ialah senjata hikmat buatan sendiri Tok Godeng semasa mengajar mengaji. Hujung rotan tersebut sengaja ditajamkan untuk mengerunkan anak-anak muridnya yang nakal dan babil. Ugutannya untuk mencurah timah cair ke dalam telinga mereka yang tidak mengikut arahan amat mengerunkan. Tetapi sepanjang hayatnya tiadalah pula seorang pun anak muridnya yang buta dan cacat kerana dicungkil biji matanya melainkan semuanya tamat mengaji Al-Quran. Perkataan yang selalu keluar dari mulutnya kepada anak-anak murid yang bebal belancut "Aku gode jugok budok ini kare" dalam loghat Kelantan yang bermaksud lebih kurang "Aku belasah jugak budak ini karang". Anak-anak muridnya yang agak-agak nakal inilah yang memberikan nama gelaran tak rasmi "Tok Gode" atau "Tok Godeng" kepadanya tanpa pengetahuan beliau. Perkahwinan Kali Ke-3 Setelah beberapa tahun kembali ke Kg. Merting, isterinya Aminah yang amat dicintai pula telah pergi meninggalkan beliau buat selama-lamanya. Beberapa tahun selepas itu beliau mengambil keputusan untuk berkahwin pula dengan bekas anak muridnya iaitu Ramlah Binti Bilal Aziz. Hasil perkahwinannya yang ke-3 bersama Ramlah mereka telah dikurniakan empat orang cahayamata iaitu Wan Ibrahim, Wan Mariam, penulis dan anak bongsunya Wan Khadijah. Walaupun beliau menjalani kehidupan dalam keadaan yang serba kekurangan dan kepayahan untuk membesarkan anak-anaknya tetapi berkat doa dan iltizamnya kami anak-anaknya amat berbangga pada hari ini dengan apa yang telah beliau ditinggalkan. Bukan harta dan wang berjuta tapi sedikit ilmu penyuluh hidup. Semoga segala ilmu dan bakti yang telah beliau curahkan kepada anak-anak muridnya mendapat keredhaan dan kemuliaan disisi Allah Yang Maha Esa....amin. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-53 Merdeka...Merdeka...Merdeka *Fakta tahun dalam posting ini diragui kebenarannya. Penulis akan membuat pembetulan sekiranya mendapat maklumat yang lebih tepat nanti. |
Saturday, August 28, 2010
Rasuah : Peluang Dan Ruang
Perbuatan rasuah memang memual dan menjelikkan. Terutamanya yang membabitkan duit rakyat. Orang makan rasuah tak kira pangkat. Dari pangkat yang paling bawah sampai ke pangkat yang paling atas kalau ada peluang sebat. Yang terpelajar dan yang tak belajar sama-sama naik, keluar universiti, grad poli, sijil kolej komuniti, sekolah sampai tingkatan 2, tok empat, DO, SO, PPD, menteri, semua tak boleh harap tak makan rasuah. Lagi cerdik lagi banyak tipu muslihat. Bezanya RM sikit dengan banyak jee.Yang kena tangkap banyak ikan bilis, ikan jerung lepas. Dari dulu sampai sekarang orang PAS dan PKR buat ceramah pasal orang UMNO makan rasuah. Sebenarnya pelaku rasuah tak kira parti politik DAP, MCA, MIC pun sama jee. PAS, PKR pun sama jangan cakap la. Mat Sabu dan Mahfuz kalau bantai orang UMNO pasal rasuah cukup sedap dengar cuba orang dia.diam aje...
Ada orang ambil rasuah mungkin sebab tak cukup duit. Orang kaya banyak duit tapi beri rasuah untuk dapat projek lagi besar bukan sebab tak cukup duit. Tauke balak bagi rasuah untuk dapat cepat kelulusan kawasan balak. Diaorang duit banyak tapi nak jadi lagi kaya. Orang UMNO rasuah perwakilan untuk jadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian. Mat Rempit rasuah polis untuk elak kena saman lumba haram. Lumba haram koman-koman pun RM 5,000.00 ikat jamin kat mahkamah...mana nak cekau banyak tu beb. Senang settle belakang RM400. RM500. Kecik punya hal la. Boleh kira. Janji lepas. Dua minggu lepas tu beracing balik.Kontraktor rasuah pegawai kerajaan untuk mudah buat kerja. Senang kalau takde orang kacau projek boleh siap cepat. Ahli Majlis rasuah pegawai Majlis untuk dapat kerja inden repair longkang. Pendek kata rasuah memang berlaku di mana-mana jika ada peluang dan ruang.
Kalau semua orang makan rasuah negara hancur. Habis semua porak-peranda macam Indonesia. Rasuah sana-sini sebab tu tak maju-maju. Orang-orangnye takde kerja lain buat demo baling taik dan bakar bendera orang aje... Suatu hari nanti mungkin negara kita pun jadi macam Indon juga kalau kita tak sungguh-sungguh banteras rasuah. Ramai la pulak nanti kaum wanita berijazah yang ingin jadi bibik dihantar ke Abu Dhabi dan Dubai untuk mencari kerja berpendapatan tinggi kerana di Malaysia susah nak dapat kerja kalau tak beri rasuah.
Akhirnya yang paling parah dan bernanah sekali kalau semua orang berfikiran bahawa rasuah adalah salah satu cara yang halal dan dipuji masyarakat untuk tambah pendapatan, senang dapat projek, mudah kerja, jalan mudah untuk jadi kaya, senang naik pangkat dan macam-macam lagi la yang mudah-mudah. Mampossss la korang semua...aku risau macam ni.
Ada orang ambil rasuah mungkin sebab tak cukup duit. Orang kaya banyak duit tapi beri rasuah untuk dapat projek lagi besar bukan sebab tak cukup duit. Tauke balak bagi rasuah untuk dapat cepat kelulusan kawasan balak. Diaorang duit banyak tapi nak jadi lagi kaya. Orang UMNO rasuah perwakilan untuk jadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian. Mat Rempit rasuah polis untuk elak kena saman lumba haram. Lumba haram koman-koman pun RM 5,000.00 ikat jamin kat mahkamah...mana nak cekau banyak tu beb. Senang settle belakang RM400. RM500. Kecik punya hal la. Boleh kira. Janji lepas. Dua minggu lepas tu beracing balik.Kontraktor rasuah pegawai kerajaan untuk mudah buat kerja. Senang kalau takde orang kacau projek boleh siap cepat. Ahli Majlis rasuah pegawai Majlis untuk dapat kerja inden repair longkang. Pendek kata rasuah memang berlaku di mana-mana jika ada peluang dan ruang.
Kalau semua orang makan rasuah negara hancur. Habis semua porak-peranda macam Indonesia. Rasuah sana-sini sebab tu tak maju-maju. Orang-orangnye takde kerja lain buat demo baling taik dan bakar bendera orang aje... Suatu hari nanti mungkin negara kita pun jadi macam Indon juga kalau kita tak sungguh-sungguh banteras rasuah. Ramai la pulak nanti kaum wanita berijazah yang ingin jadi bibik dihantar ke Abu Dhabi dan Dubai untuk mencari kerja berpendapatan tinggi kerana di Malaysia susah nak dapat kerja kalau tak beri rasuah.
Akhirnya yang paling parah dan bernanah sekali kalau semua orang berfikiran bahawa rasuah adalah salah satu cara yang halal dan dipuji masyarakat untuk tambah pendapatan, senang dapat projek, mudah kerja, jalan mudah untuk jadi kaya, senang naik pangkat dan macam-macam lagi la yang mudah-mudah. Mampossss la korang semua...aku risau macam ni.
Subscribe to:
Comments (Atom)
