Saturday, August 28, 2010

Rasuah : Peluang Dan Ruang

Perbuatan rasuah memang memual dan menjelikkan. Terutamanya yang membabitkan duit rakyat. Orang makan rasuah tak kira pangkat. Dari pangkat yang paling bawah sampai ke pangkat yang paling atas kalau ada peluang sebat. Yang terpelajar dan yang tak belajar sama-sama naik, keluar universiti, grad poli, sijil kolej komuniti, sekolah sampai tingkatan 2, tok empat, DO, SO, PPD, menteri, semua tak boleh harap tak makan rasuah. Lagi cerdik lagi banyak tipu muslihat. Bezanya RM sikit dengan banyak jee.Yang kena tangkap banyak ikan bilis, ikan jerung lepas. Dari dulu sampai sekarang orang PAS dan PKR buat ceramah pasal orang UMNO makan rasuah. Sebenarnya pelaku rasuah tak kira parti politik DAP, MCA, MIC pun sama jee. PAS, PKR pun sama jangan cakap la. Mat Sabu dan Mahfuz kalau bantai orang UMNO pasal rasuah cukup sedap dengar cuba orang dia.diam aje...

Ada orang ambil rasuah mungkin sebab tak cukup duit. Orang kaya banyak duit tapi beri rasuah untuk dapat projek lagi besar bukan sebab tak cukup duit. Tauke balak bagi rasuah untuk dapat cepat kelulusan kawasan balak. Diaorang duit banyak tapi nak jadi lagi kaya. Orang UMNO rasuah perwakilan untuk jadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian. Mat Rempit rasuah polis untuk elak kena saman lumba haram. Lumba haram koman-koman pun RM 5,000.00 ikat jamin kat mahkamah...mana nak cekau banyak tu beb. Senang settle belakang RM400. RM500. Kecik punya hal la. Boleh kira. Janji lepas. Dua minggu lepas tu beracing balik.Kontraktor rasuah pegawai kerajaan untuk mudah buat kerja. Senang kalau takde orang kacau projek boleh siap cepat. Ahli Majlis rasuah pegawai Majlis untuk dapat kerja inden repair longkang. Pendek kata rasuah memang berlaku di mana-mana jika ada peluang dan ruang.

Kalau semua orang makan rasuah negara hancur. Habis semua porak-peranda macam Indonesia. Rasuah sana-sini sebab tu tak maju-maju. Orang-orangnye takde kerja lain buat demo baling taik dan bakar bendera orang aje... Suatu hari nanti mungkin negara kita pun jadi macam Indon juga kalau kita tak sungguh-sungguh banteras rasuah. Ramai la pulak nanti kaum wanita berijazah yang ingin jadi bibik dihantar ke Abu Dhabi dan Dubai untuk mencari kerja berpendapatan tinggi kerana di Malaysia susah nak dapat kerja kalau tak beri rasuah.

Akhirnya yang paling parah dan bernanah sekali kalau semua orang berfikiran bahawa rasuah adalah salah satu cara yang halal dan dipuji masyarakat untuk tambah pendapatan, senang dapat projek, mudah kerja, jalan mudah untuk jadi kaya, senang naik pangkat dan macam-macam lagi la yang mudah-mudah. Mampossss la korang semua...aku risau macam ni.

No comments:

Post a Comment