Jadi Yang Berhormat (YB) memang banyak kerja sebenarnya. Kalau buat kerja la. Mana tidaknya, segala permasalahan rakyat perlu diambil tahu dan diselesaikan. Masalah jalan kampung selalu rosak sebab lori balak lebih muatan lalu, masalah air paip selalu takde, masalah longkang pecah atau tersumbat, masjid nampak usang sebab dah lama tak dicat baru, banjir kilat, ramai budak muda minum air daun ketum, orang kampung tak cukup duit anak nak masuk universiti atau poli, hatta orang nak buat kenduri kahwin khemah takde pun YB kena ambil tahu. Pendek kata semuanya YB kena ambil tahu dan selesaikan. Orang kampung marah kalau YB tak buat kerja. Tapi orang kampung tahu ke apa kerja hakiki YB untuk agenda pembangunan yang lebih besar?
Apa yang orang kampung tak tahu sebenarnya, YB sepatutnya memberikan komitmen yang tinggi untuk berfungsi dan berperanan dengan lebih berkesan bagi melaksanakan agenda pembangunan yang lebih besar. Sebagai contoh bagaimana untuk meningkatkan ekonomi komuniti setempat, mengurangkan pengangguran, mengatasi masalah penghijrahan ramai belia ke bandar-bandar besar, meningkatkan taraf pendidikan, meningkatkan akses penduduk kepada perkhidmatan jalur lebar dan internet, memajukan pemikiran rakyat dalam bidang IT, meningkatkan taraf keselamatan penduduk, meningkatkan keupayaan fasiliti sukan dan kemajuan aktiviti sukan, memperbanyakkan aktiviti-aktiviti kebudayaan dan produk kesenian, meningkatkan penglibatan penduduk dalam aktiviti pelancongan adalah antara contoh-contoh yang boleh di beri perhatian.
Bagi melaksanakan agenda pembangunan yang lebih besar ini, YB memerlukan stastistik dan data yang tepat. Contohnya berapa ramai penduduk di kawasan berkenaan yang berada di bawah paras kemiskinan, berapa ramai OKU, berapa ramai pegawai kerajaan, berapa ramai belia, berapa ramai penganggur, berapa ramai peneroka dan penoreh getah, berapa ramai budak sekolah, berapa banyak sekolah, berapa banyak masjid dan surau, berapa banyak balairaya, berapa banyak padang bola. Daripada data dan bentuk demografi inilah boleh diwujudkan satu pengkalan data yang boleh dirujuk untuk melaksanakan setiap agenda pembangunan dengan lebih terancang, terurus dan teratur.
Ada ke YB buat homework seperti ini?...i don't think so...if yes, you have my vote in PRU 13.
Selamat Maju Jaya YB!!!!!
No comments:
Post a Comment